Keputusan Rayuan Amah Lambung Bayi Hari Ini

. Senin, 16 Desember 2013

KUANTAN – Keputusan rayuan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah mendera bayi majikannya akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Hakim Datuk Seri Mariana membenarkan permohonan pihak pendakwa raya yang meminta masa seminggu untuk menyemak hujah pihak pembela berkenaan laporan pemeriksaan mental Yuliana, 23, yang berasal dari Acheh itu.

Kes dera itu mendapat perhatian umum apabila perbuatannya melambung dan menghempas sebanyak sembilan kali bayi majikannya, Mohamed Hareez Mohamed Zamri yang berusia empat bulan, dirakam melalui kamera litar tertutup di kediamannya pada jam 7.45 pagi, 15 Februari lalu.


Yuliana yang ditahan selepas itu kemudiannya diarahkan oleh Mariana pada 12 Mac lalu untuk menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Johor selama tiga bulan.

Tertuduh diwakili peguam T. Vijayandran yang dilantik oleh pihak Kedutaan Indonesia.

0 komentar: