Anak Singa Putih Pikat Orang Ramai

Seekor anak singa dari jenis spesis berbulu putih yang jarang ditemui kini menjadi tarikan pengunjung sebuah zoo di Serbia.
Anak singa betina itu yang masih belum diberikan nama, sudahpun berjaya menambat hati para pelawat Zoo Harapan di wilayah Belgrade.
Anak singa seberat 1.27 kilogeram itu dilahirkan di zoo itu seminggu lepas melalui pasangan ibu bapa bernama Masha dan Wambo.
Zoo itu yang terletak di ibu negara Serbia itu kini mempunyai 11 ekor singa berbulu putih.
Singa berbulu putih kini sudah tidak kelihatan hidup di habitat liar, peningkatan jumlah mereka di dalam simpanan zoo menunjukkan perkembangan yang positif.
Selain anak singa betina itu, seekor anak singa jantan turut dilahirkan baru-baru ini tetapi ia mati sebaik sahaja dilahirkan.
Sempena kelahiran anak singa betina itu, pihak zoo turut berkongsi video anak singa itu mengeluarkan bunyi seakan-akan mengiau seperti seekor anak kucing.
Para pengunjung laman YouTube yang menonton video berkenaan sebahagian besarnya memberikan ulasan bagaimana comelnya anak singa betina itu.
Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS
0 komentar:
Posting Komentar