Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan

Mahfuz Pengakuan bapa Saiful membolehkan pendakwaan kes Qazaf dilakukan

. Senin, 03 Februari 2014
0 komentar
Oleh Mohd Farhan Darwis
March 12, 2013
KUALA LUMPUR, 12 Mac — Pengakuan Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari berhubung insiden kes jenayah liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya menjadi alasan yang kuat bagi Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan untuk memulakan pendakwaan kes Qazaf ke atas Saiful Bukhari di Mahkamah Syariah, kata Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Naib Presiden PAS itu menegaskan ianya selari dengan kuasa berkaitan pendakwaan yang termaktub di dalam Seksyen 181 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

“Pihak Ketua Pendakwa Syarie dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak perlu lagi berdolak dalik dan mencipta perbagai helah untuk tidak mendakwa Saiful Bukaari di atas kesalahan Qazaf,” tegas Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, bapa kepada Saiful tampil ke hadapan mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan ketua pembangkang sebuah “konspirasi politik jahat” untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Azlan Mohd Lazim, 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.
“Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua,” kata Azlan kepada pemberita.
Sehubungan itu, ahli Parlimen Pokok Sena ini menggesa agar ketua pendakwa syarie segera mengenakan pertuduhan Qazaf terhadap Saiful atas aduan Anwar sebelum ini.

“Saya mendesak supaya Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Perkutuan mengenakan suatu pertuduhan Qazaf ke atas Saiful Bukhari Azlan di atas aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar sebelum ini.”
Anwar pada 7 Januari tahun lalu telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah bagi perintah supaya pihak pendakwaan meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Mohd Saiful, 24.

Dalam tuntutan notis permohonan itu, Anwar, 63, menamakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam wilayah, Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom sebagai responden.

Anwar memohon perintah mahkamah mengarahkan Shamsuddin menggunakan kuasanya yang sedia ada padanya untuk menjalankan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Saiful dan menghalang Che Mat dan Jamil daripada menghalang Shamsuddin menjalankan pertuduhan itu. TMI
Read More..

Dibunuh arwah kakak adik minta tolong melalui mimpi dan kes akhirnya terbongkar

. Rabu, 01 Januari 2014
0 komentar
    posted by indah.com on 16 ogos 2012

mayat perempuan. shutterstock

Kisah pembunuhan yang satu ini memang tidak biasa. Hal ini lantaran korban pembunuhan kerap menampakkan diri di depan warga. Bahkan tetangganya kerap dijumpai korban dalam mimpinya untuk minta pertolongan.

Pembunuhan ini berawal dari cinta segitiga. Warja Suwatman Mandala Putra alias Barja alias Jaja (30) telah lama ingin menceraikan isterinya Sunarsih (46), lantaran dia sudah menikah lagi dengan wanita idamannya di Purwakarta, Jawa Barat.

Hubungan keluarga ini pun sudah tidak harmonis, dan Barja selalu meminta cerai kepada isterinya. Pertengkaran hebat pun terjadi.

Kalap, Barja lalu membekap isterinya yang telah memberinya satu anak itu lalu membenturkan kepalanya ke tembok hingga mati. Rupanya aksi ini diketahui oleh adik iparnya, Supiati (34). Barja pun lalu membunuh adik  iparnya sekali.

Untuk menyembunyikan mayat keduanya, Barja lalu menggali lubang di belakang kamarnya. Mayat isteri dan adik iparnya pun dia timbun di lubang tersebut.

Barja pun merasa bahawa aksinya tersebut sangat rapi, hingga pada akhirnya warga sekitar mulai menemukan hal-hal ganjil di rumah Supiati yang beralamat di Jalan Simo Prona Jaya III/2, Surabaya, Jawa Timur itu.

Terbongkarnya kes lubang kubur dalam kamar rumah Supiati itu kerana warga merasakan hawa ghaib. Ada perasaan aneh setiap kali warga melintas di rumah milik wanita kakak-adik, Sunarsih dan Supiati itu.

Warga yang lewat di rumah tersebut selalu merasakan keanehan dan bulu roma merinding. Warga sekitar akhirnya meminta bantuan paranormal atas persetujuan Ketua RT setempat, Agus.

"Bukan hanya merasakan hawa yang aneh di sekitar rumah, ada beberapa warga yang ditemui mangsa dalam mimpi. Bu Supiati, dalam mimpi beberapa warga, sedang menangis dan minta tolong," terang Agus menceritakan pengakuan warganya yang kemudian memintanya untuk memanggil paranormal, pada   (12/8).

Selain ingin membuktikan kebenaran mimpi beberapa orang warganya, Agus juga ingin membuktikan keterangan Barja. Hal ini kerana, kepada warga dan tetangga sekitar lelaki asal Subang, Jawa Barat itu mengatakan akan pindah dan tinggal di kampung halamannya.

"Pak Barja bilang ke orang-orang, kalau isteri dan adik iparnya berangkat terlebih dulu ke Subang dengan pesawat pukul 01.00 WIB," terang Agus.

Padahal, warga melihat pakaian dan alat kosmetik kedua korban masih berada di dalam rumah. Selanjutnya, paranormal yang dimaksud pun didatangkan.

"Tiga orang paranormal, mengatakan hal yang sama. Ibu Supiati tidak ada di Jakarta atau tidak ke mana-mana. Posisinya masih di dalam rumah. Dan ada juga yang mengatakan posisinya di dalam kamar belakang," lanjut Agus.

Sabtu (11/8) malam, setelah kerja bakti di kampungnya, Agus disarankan untuk membuka rumah. Setelah melalui proses ritual, tiba-tiba muncul bau busuk yang bersumber dari dalam kamar belakang.

"Kemudian saya lapor ke polis dan meminta warga untuk tidak memegang apa-pun biar tidak ada kesan cap  jari warga. Dan setelah digali oleh warga dan polis ditemui dua mayat yang dikubur satu liang di dalam kamar," jelasnya lagi.

Ketika kedua jasad mangsa dievakuasi, masih menurut Agus, pakaian yang dikenakan Sunarsih masih sama persis seperti yang dilihatnya kali terakhir pada 7 Ogos  lalu.

"Ketika itu Sunarsih mengenakan seluar  pendek dan daster warna biru," terang Agus.

Terkuaknya kes pembunuhan tersebut membuat polis memburu Barja. Barja berhasil ditangkap oleh pihak polis  pada Isnin (13/8) kelmarin. Namun lagi-lagi kes ini semakin jelas menampakkan selimut mistis.

Dari pemeriksaan sementara, Barja sempat bolak-balik Surabaya-Purwakarta ketika dalam pelariannya. Yang mengejutkan, tidak seperti dugaan warga Simo Prona Jaya III, yang mengira pembunuhan kakak-adik yang dilakukan Barja, terjadi pada 7 Ogos.

Hal ini disebabkan beberapa tetangga mengaku masih melihat kedua wanita ini tanggal 6 Ogos. Warga sekitar rumah tinggal Sunarsih dan Supiati masih melihat keduanya di depan rumah mereka dengan posisi duduk meski tatapan mereka kosong.

Namun kenyataannya, dalam pengakuannya kepada penyiasat, Barja mengaku bahawa pembunuhan isteri dan adik iparnya dilakukannya pada 30 Julai silam. Lalu mayat keduanya dikubur di satu liang lahat dalam kamar belakang rumahnya pada 31 Julai.

Pengakuan Barja ini pun kembali membuat heboh warga. Lalu siapa yang dilihat warga pada tanggal 6 Ogos  lalu yang menyerupai Sunarsih dan Supiati?

Warga meyakini bahawa yang dilihat adalah arwah Sunarsih dan Supiati yang berusaha meminta pertolongan kepada mereka. Kerana penampakan tak kunjung direspon, arwah mereka lalu meminta pertolongan kepada para tetangganya dalam mimpi. Hingga akhirnya kes ini terbongkar.[hhw]
sumber 
osseram
Read More..