Tampilkan postingan dengan label menangis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label menangis. Tampilkan semua postingan

Liyana Jasmay Pernah Menangis Bimbang Botak

. Jumat, 21 Februari 2014
0 komentar

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay memberitahun dia pernah menangis gara-gara mempunyai masalah keguguran yang sangat teruk pada tiga tahun lalu.

Liyana, 25, berkata, keadaan itu membuatkan dia risau kepalanya mungkin menjadi botak sehingga menjejaskan usaha untuk berumah tangga pada ketika itu.

“Saya seorang yang sangat sensitif berkaitan dengan rambut. Apabila rambut saya gugur teruk pada tiga tahun lalu, saya menangis dan telefon ayah memberitahu tentang masalah saya.

“Rasa macam kelakar juga, tetapi waktu itu mujurlah Fazura (pelakon) mencadangkan saya untuk berjumpa seorang doktor dan membuat rawatan kulit sehinggalah ia kembali pulih,” katanya.

Tambah Liyana, melihatkan ibunya juga sering mengalami masalah sama, dia semakin bimbang akan mengalami keguguran rambut yang lebih teruk apabila meningkat tua nanti.

Kata pelakon drama NY Cinta itu lagi, walaupun ia kedengaran remeh tetapi sebagai wanita dia harus menjaga rambutnya yang dianggap sebagai mahkota wanita.

Dalam pada itu, Liyana memberitahu sebelum ini dia hanya menggunakan bahan-bahan organik dan sekarang mula mengamalkan pengambilan produk rambut yang bersesuaian mengikut nasihat doktor.

“Sejak rambut saya semakin sihat, saya juga tidak lagi mengamalkan penggunaan penyembur rambut melainkan benar-benar perlu dalam kerja saya, tidak macam dulu lagi.

“Dan jika saya mempunyai masa terluang, saya akan memotong sebiji limau purut dan sentalkan pada kepala,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Liyana bakal muncul dengan filem Papadom 2 pada hujung tahun ini. - mStar Online
Read More..

Seram ! Lelaki Ini 2 Hari Menangis Tinta Gara gara Bola Mata Di Tatoo

. Rabu, 01 Januari 2014
0 komentar

22 April 2013 catatan idahsalam

Rodrigo Fernando dos Santos (Foto: Dailymail)
 
Jakarta, Bola mata bukanlah bahagian tubuh yang lazim dirajah atau dihias dengan tatoo. Gara-gara menatoo bola mata, seorang lelaki di Brazil tak lagi menitiskan air mata ketika menangis. Cairan yang menitis dari pelupuk matanya adalah tinta tatoo.

Rodrigo Fernando dos Santos (39 tato) mulanya memutuskan untuk menatoo bola mata setelah hampir tidak ada tempat lagi untuk menggambar di permukaan tubuhnya. Sekitar 70 persen tubuhnya yang memang bekerja sebagai seniman tatoo ini memang telah tertutup oleh tatoo.

Tidak mudah untuk melukis di atas bola mata. Diberitakan oleh Web 9News, Rodrigo menggunakan syringe khusus untuk memasukkan tinta ke dalam bola matanya. Syringe tersebut disuntikkan dalam sclera, yakni lapisan pelindung paling luar dari bola mata.

Meski menggunakan alat khusus, tinta yang digunakan diyakini sama dengan tinta yang dipakainya untuk merajah kulit di bahagian tubuh lainnya. Tidak diketahui pasti apakah hal itu yang menyebabkan mata Rodrigo menangis tinta selama 2 hari sebagaimana ia memberitahu media.

Beberapa doktor mata mengatakan, prosedur merajah bola mata sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan radang serius. Dikutip dari Daily mail, Jumaat (19/4/2013), kemungkinan terburuknya adalah hilangnya kemampuan melihat atau vision lost yang boleh berakhir dengan buta kekal.

Tatoo bola mata memang berbahaya, namun diyakini telah menjadi tren di berbagai belahan dunia. Seorang seniman tatoo di Australia baru-baru ini bahkan pernah mengklaim sebagai orang pertama yang berani melakukan prosedur seni merajah bola mata.

Tren menato bahagian tubuh selain kulit memang sedang popular kebelakangan ini. Selain tatoo bola mata yang memang sangat ekstrem, tatoo puting susu juga sedang digandrungi di kalangan wanita Inggeris yang ingin memperbaiki bentuk dan warna puting. DetikHealth
Read More..