Tampilkan postingan dengan label tahun. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tahun. Tampilkan semua postingan

Budak Berusia 9 Tahun Ini Masuk Ke Turki Dengan Menggunakan Pasport Mainan

. Jumat, 07 Maret 2014
0 komentar


Seorang budak perempuan berusia 9 tahun berjaya memasuki Turki dengan hanya menggunakan pasport mainan di mana pasport berkenaan hanya mempunyai foto identiti berupa patung unicorn (haiwan bertanduk satu).

Kejadian itu berlaku ketika budak yang berasal dari Wales, Emily Harris hendak bercuti bersama ahli keluarganya ke Turki. Emily dikatakan sengaja membawa pasport mainan itu sepanjang perjalanan.

Ketika keluarga berkenaan hendak diperiksa oleh petugas pemeriksa pasport di bandar Antalya, Si ibu, Nicky secara tidak sengaja menyerahkan pasport yang salah iaitu pasport mainan anak gadisnya itu.

Pegawai yang bertugas dikatakan tidak menyedari hal itu. Meski pun sudah nyata foto identiti pada pasport berkenaan mempunyai gambar haiwan bertanduk satu, namun pegawai tersebut tetap mengenakan cop pada pasport berkenaan.

Dilaporkan, pegawai yang bertugas kelihatan terlalu mengantuk dan membiarkan Emily masuk secara sah dengan menggunakan pasport mainan.

Pada awalnya, si ibu berasa terkejut dengan kejadian tersebut dan berasa sangat panik. "Saya panik kerana saya menyangka bahawa seseorang akan mengejar kami kerana menggunakan pasport palsu, namun ia tidak berlaku sama sekali," katanya.

Nicky menjelaskan, pasport mainan tersebut amat berbeza dan tidak kelihatan asli langsung. Muka depan pasport mainan itu mempunyai gambar patung beruang emas dan saiznya kelihatan lebih kecil berbanding pasport yang asli. "Pegawai itu juga sempat bertanyakan umur Emily sebelum mengecopnya," katanya.

"Pada mulanya, kami sekeluarga berasa khuatir namun kemudian kami mula berasa lucu. Kami ketawa apabila teringat pegawai itu mengecop pasport mainan itu,"



p/s: Jenuh la pegawai tu nak menjawab dengan orang atas..
Read More..

Tragis! Kanak kanak 7 Tahun Mati Tertimpa Tubuh Lelaki yang Lompat Bunuh Diri

. Sabtu, 01 Februari 2014
0 komentar

  detikNews
Seoul, - Tragis! Seorang kanak-kanak berumur 7 tahun tiba-tiba tertimpa tubuh seorang lelaki yang melompat bunuh diri dari tingkat 10 apartmen di Korea Selatan (Korsel). Kanak-kanak perempuan itu pun mati.

Lelaki berumur 40 tahun tersebut lompat dari flatnya di kota Busan pada Rabu, 22 Mei malam waktu setempat. Namun ketika melompat itu, tubuh lelaki tersebut jatuh menghantam anak tetangganya, yang kebetulan baru keluar dari bangunan flat   tersebut.

Demikian diberitakan stesyen televisyen SBS TV seperti dilansir kantor berita AFP, Khamis (23/5/2013).

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Jang tersebut mati ditempat kejadian. Sang kanak-kanak yang ketika itu bersama ayahnya, sempat dilarikan ke rumah sakit. Namun dia dinyatakan telah meninggal setibanya di rumah sakit.

Menurut polis  setempat seperti dilaporkan SBS, sebelum kejadian yang menyedihkan tersebut, Jang telah lama menjalani perawatan kerana mengalami gangguan mental dan depresi.

Korsel memiliki angka bunuh diri tertinggi di kalangan negara-negara anggota Organisation for Economic Cooperation and Development. Tercatat rata-rata 33.5 orang per 100,000 orang mati bunuh diri pada tahun 2010. Angka tersebut setara dengan hampir 50 kes bunuh diri per hari.
Read More..

Remaja 15 tahun muat naik video se!ks bersama teman yang baru berusia 13 tahun!

. Rabu, 01 Januari 2014
0 komentar



Gambar hiasan

SINGAPURA: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun telah mengadakan hubungan seks dengan rakan sekolah perempuannya yang berusia 13 telah merakamkan video kelakuan mereka tanpa pengetahuan pasangannya dan memuat naik video tersebut ke internet.

Semalam, remaja tersebut yang kini berusia 17 tahun, mengaku bersalah terhadap 21 pertuduhan kesalahan melakukan hubungan seks bersama gadis bawah umur, mencabul kehormatan, perlakuan jenayah, memiliki video lucah dan mencuri tiga buah basikal.

Penolong Pendakwa Raya, Kavita Uthrapathy berkata, ianya jelas remaja lelaki berkenaan telah melakukan hubungan seks hanya untuk memuaskan hawa nafsunya.

"Jika beliau benar-benar menyintai remaja perempuan itu sebagai kekasihnya, beliau tidak akan merakamkan aksi seks mereka berdua tanpa pengetahuan pasangannya apatah lagi memuatnaik video tersebut ke internet. Beliau juga memperlihatkan sikap sebenar dirinya apabila fail video tersebut disimpan atas nama "Bitch"," katanya.

Menurut laporan yang diterima mahkamah, kedua-duanya bertemu pada kejohanan bola lisut pada Januari 2009.

Ketika itu, remaja perempuan itu baru berusia 13 tahun manakala remaja lelaki tersebut berusia 15 tahun.

Pada Februari 2010, remaja lelaki tersebut telah memujuk remaja perempuan itu melakukan seks oral terhadapnya. Sejak dari itu, hanya perlakuan tersebut yang remaja lelaki tersebut mahu darinya.

Dalam satu kejadian, lelaki berkenaan telah merakamkan aksi remaja perempuan tersebut melakukan seks oral tanpa pengetahuannya.

Beliau kemudian memuatnaik klip video tersebut ke internet dengan meletakkan tajuk "Singapore teen b****", sambil mendedahkan nama dan nombor telefon remaja berkenaan.

Pada Julai tahun tersebut, ketika remaja perempuan tersebut menolak untuk lakukan seks oral terhadapnya, beliau telah mengugut untuk memuatnaik video tersebut. Akhirnya remaja perempuan tersebut menuruti kehendak lelaki berkenaan tanpa menyedari video tersebut sudah pun dimuatnaik ke internet.

Remaja perempuan tersebut kemudiaanya mula menerima panggilan telefon yang pelik dari orang yang tidak dikenali memberitahunya mereka telah menonton videonya sambil meminta beliau lakukan seks oral kepada mereka.

Remaja itu kemudian menafikan telah memuatnaik mana-mana video ke internet.

Pasangan tersebut kemudiaanya berpisah dan apabila mereka bertemu semula pada Disember 2010, remaja lelaki berkenaan sekali lagi berjaya memujuk beliau untuk lakukan hubungan seks di dalam tandas di sebuah kolam mandi di kondominiumnya.

Sehingga sekarang, pembelajaran terganggu hinggalah dia membuat pengakuan kepada seorang guru. Pihak sekolah kemudiannya melaporkan perkara tersebut kepada ibu bapa remaja perempuan tersebut dan laporan polis dibuat pada May tahun lepas.

Pada bulan tersebut juga, remaja lelaki tersebut telah mencuri tiga buah basikal dari jirannya. Pemilik salah sebuah basikal terlihat basikalnya telah diiklankan untuk jualan di internet dan terus membuat laporan polis.

Read More..

Kanak kanak 11 Tahun Mengambil Gambar Pesawat UFO Melayang di Langit

.
0 komentar

 
Bocah 11 Tahun Jepret Pesawat UFO Melayang di Langit
IST
Jack Brody dan foto yang berhasil diambil melalui kamera.


tribunnews  
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun bernama, Jack Brody, berhasil memotret sebuah benda asing melayang di langit ketika dia berada di rumahnya di Loughton, Epping Forest, England. Demikian dilansir The Sun, Khamis (31/5/2012).

Benda berwarna perak itu bercahaya dan menjadi sensasi di wilayah itu dan penduduk setempat kemudian menyebutnya The Only Milky Way Is Essex.

Ayah Jack, Simon, kemudian memberitahu tetangganya tentang UFO dan menelepon polis yang kemudian mengirim dua orang untuk melakukan penyiasatan.
"Hal itu sungguh menakutkan ketika sebuah pesawat datang dan tiba-tiba menghilang bagaikan kilatan saja," ujarnya.

Simon menambahkan yang isterinya, Karen (41) dan dua anak mereka lainnya Joshua (9) dan Evie (4) juga merasakan keanehan dari penampakan tersebut. Sementara, pihak polis menyatakan jika objek itu adalah balon udara.
Read More..